Ticker

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

SUP AYAM SIMPLE


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
💞سُـبْـحَـانَ ٱلله💞ٱلْـحَـمْـدُ للهِ💞الله أكبر💞

|Khamis|23 Julai 2020|
1530 pm. 

Hidangan lunch (makanan tengahari).

Jam menunjukkan 3:30 petang. 
Selepas menidurkan Amany. Sis bergegas ke dapur memikirkan mahu masak menu untuk suami.
Pagi tadi sempat berbekalkan nasi lemak.
Alhamdulilah nasi lemak hari ini licin. Ammar mahu lagi.. sorry Ammar. Next time ok 

Ayam dah keluarkan tengahari tadi. 
Pagi tadi ada barang yang suami beli. Nanti padankan menu apa yang sesuai 

Untuk bekal anak ada bawakan mee kari dan cornflakes madu


1
--------------------------------
SUP AYAM SIMPLE
---------------------------------

Ayam secukupnya (saya letak 1/4 sahaja ayam)
Masak sedikit sahaja. Sebab nak lebihkan kuah.


- Bahan Tumis
5 ulas  bawang putih
2 bawang merah sederhana
Lada putih biji ( setengah sudu besar)
Rempah 3 sekawan 

-hiasan
Daun sup/ bawang
Bawang goreng ( Jenama LIMBAT)

-sayur
Kobis
Brokoli
Baby 🌽 jagung

- Caranya:-
Tumbuk bawang putih dan halia serta biji lada putih.
Masukkan bawang merah yang dipotong halus memanjang 
Tumis sehingga garing dan naik bau. 

Kemudian masukkan ayam.

Bila ayam dah mula kecut.

Masukkan air secukupnya

Tutup untuk renekkan sup sampai mendidih.
Perisakan dengan garam secukupnya.


Saya renekkan dengan api kecil sahaja. 
Untuk bagi sup meresap dalam ayam. 
Tutup api dalam 5pm.



Kuah akan menyusut dan nampak pekat sedikit. 
Masukkan sayur baby jagung,Brokoli dan kobis.

Untuk hiasan
Letak daun sup/bawang serta bawang goreng.


2
--------------------------------
SAMBAL KICAP BELACAN BAKAR
---------------------------------


Belacan yang dibakar secukupnya.
Saya gunakan belacan yang kakak ipar bagi dari Kedah. (Belacan Alor Ibus).
Potong kecil cucuk dengan pisau kemudian bakar atas dapur gas.

20 cili api
Kicap Jalen merah.

Caranya
Blender semua letak sedikit garam.


3
--------------------------------
AYAM GORENG HALIA + BAWANG PUTIH
---------------------------------

2 Ayam peha 
Halia muda
5 ulas Bawang putih

Ayam rebus dahulu bersama sup di atas. Agak-agak dah mesra dan nampak masak putih dipermukaan kulit boleh angkat.

Tumbuk halia dan bawang putih menggunakan lesung.

Kemudian lumurkannya bersama ayam tadi.
Perap sekejap. 


Kemudian masa nak menggoreng.
Lumurkannya ayam dengan tepung goreng bestari.



Goreng pun tak perlu lama cuma nak bagi permukaan luar nampak garing sebab tadi dia dah rebus dulu. Siraman minyak di atas ayam dengan menggunakan sudip

Rasanya akan crunchy sebab ada halia dan garlic. 

------------------------------------

Alhamdulilah selesai.

Tempoh masa agak panjang. Saya tutup api dalam pukul 5petang. Suami pun dah pulang. Ngam2 terus hidang. Sementara tunggu sup renek lama boleh buat sambal kicap dan goreng ayam halia.

Malam tadi suami pun ada bawa berkat (makanan) daripada masjid. Ada orang kampung sedekahkan nasi putih lauk telur mata dan keli sambal berlado.

Selamat mencuba.
Moga ada manfaatnya..
Mohon maaf salah silap.
Dah cuba boleh komen ya.
Terima kasih 

Sis Aster 🌼🌻
Suka kongsi masakan

Post a Comment

0 Comments